..{}..Janji Kita..{}..

Thursday, October 05, 2006
Janji Kita-3

Amirah Dayana menunaikan kewajipan sebagai seorang hambaNya.Dengan berimamkan Abdul Fikri,segalanya menjadi mudah.Setelah membaca doa,dia berharap agar urusannya menjadi lebih mudah.Abdul Fikri meninggalkan isterinya bersama adiknya seketika.

"Where is she?"
"She is inside my room,"

En.Rahman cuba memecah masuk tetapi dihalang oleh Abdul Fikri.Hazerah Nadia terkejut dengan nada tinggi yang sering didengarinya.Amirah Dayana menjadi takut.Hazerah Nadia memeluk adiknya.Dia cuba menenangkan adiknya.Kemudian,tidak kedengaran lagi bunyi yang bising.

"Mira tinggal kat rumah kakak dulu lah..Lagipun,kakak nak balik,"kata Hazerah Nadia.Amirah Dayana mengangguk.Hanya empat hari sahaja untuk memberi kata putus.

"Biar kakak kemaskan barang Mira.Mira jaga Syaz je,"kata Hazerah Nadia sambil masuk ke dalam bilik Amirah Dayana.Abdul Fikri memandang adik iparnya.Begitu tabah gadis ini.

 

Berada di atas jalan raya,keadaan senyap sunyi.Syaza Khalisah pula sudah tertidur dipangkuan ibunya manakala Amirah Dayana hanya mampu termenung.Pasangan suami isteri berbincang tentang sesuatu namun perkara itu langsung tidak menarik perhatian Amirah Dayana.

 

Sampai dirumah kakak,aku menolongya dengan mengangkat begnya.Kemudian,aku meminta diri ke bilik yang sering aku gunakan ketika berada di rumah kakak.Abang Fikri pula keluar ke pejabatnya.Katanya,sudah lama dia tidak berkunjung ke firma guamannya.

Aku membersihkan diri untuk menunaikan kewajipanku.Malam berkunjung tiba,semua orang sudah tidur kecuali aku.Masih berteleku di atas sejadah sambil berzikir kepada Allah.Aku gunakan masa ini untuk mengadu kepada-Nya.Aku berdiri untuk menunaikan solat tahajud.

Di sujud terakhir,air mataku mengalir.Memohon kepadaNya supaya aku dapat membuat keputusan dengan tepat.Solat istikharah itu aku akhiri dengan doa.Aku hanya mampu terus sujud kepadaNya.Sesungguhnya Dialah tempat mengaduku selama ini.

Jam menunjukkan 4.00 pagi.Aku menunaikan solat wirid tiga rakaat sebagai penutup solat sunatku tadi.Sementara menunggu kehadiran Subuh,aku mengambil air sembahyang semula.Aku bersandar di kerusi meja belajarku.Aku mendengar lagu Penantian dari Zubir Ali.Hatiku menjadi sayu.Telekungku tak dibuka.Biarlah malam ini aku menjadi teman kepadaNya.

 

Usai menunaikan solat subuh,aku melipat kain telekung dan sejadahku.Aku turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan.Jam baru menunjukkan 6.55 pagi.Pastinya kakak dan abang sedang berwirid di dalam bilik solat.Biarlah..

Sedang aku meletakkan pinggan di atas meja,aku terdengar suara kakakku dan abangku berbual.Aku cuba mengukirkan senyuman pada pagi itu.Kakak dan abang agak terkejut melihat aku berada di ruang tamu.Mereka mengajak aku sarapan berjamaah.

Abang Fikri dan Kak Hazerah sudah pun keluar bekerja.Syaza Khalisah pula sedang tidur.Aku mengemas rumah ini.Aku susun surat khabar yang bersepah dan mula menyapu dan mengemop.Kemudian,aku ke bilik tidur Syaza Khalisah untuk membawanya ke bilikku.Risau pula jika ditinggalkan seorang diri.

Aku meletakkan Syaza Khalisah di atas tilamku.Kemudian,aku baring di sebelahnya.Akhirnya aku sendiri terlelap kerana keletihan.

 

"Hisyam ke tu?"tanyaku kerana wajahnya tak berapa jelas.Tubuhnya bukan seperti Hazman Hisyam yang aku kenal tetapi perlakuannya amat sama.Ketika itu,aku sedang memakai baju kurung berwarna biru cair.Aku keliru.Apa makna semua ini?Tiba-tiba,tubuh itu mula hilang.Aku menjerit.

"Mira!!!Bangun!!Ya Allah,mengigau ke nih?"tanya kakakku.Aku bangun lalu memandang sekeliling.Patutlah,aku belum menunaikan solat zuhur.Balasan buatku,mungkin.Aku ke bilik air manakala Kak Hazerah mengangkat Syaza Khalisah ke biliknya.

 

 


Posted at 12:50 pm by crazy_lucky94
wat do u think..  




Next Page

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



This layout is from WhateverLife.com; get yours today!















































Name :
Web URL :
Message :




















If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed